Wednesday, July 11, 2012

my picture










This is the photo of my action in cover up...

Thursday, March 24, 2011

test power kejap

Tuesday, February 23, 2010

bike touring



Bike Touring...kalau ikutan dalam 5,6 tahun ni aktiviti cycling makin menjadi sambutan di mana-mana kalau kita lihat ramai orang berbasikal tak kiralah road bike ker atau Mountain bike tapi aktiviti ni makin berkembang dengan pantasnya berbanding 10 tahun yang lalu.


Aku mula berbasikal ni dalam tahun 2003 masa tu MTB(mountain bike ) ni tak ramai lagi main dan baru nak berkembang, Beli MTB ni pun bukan asalnya minat sangatpun tapi lepas hampir 10tahun buat aktiviti outdoor ni macam Naik gunung,camping,memancing lutut dah mula rasa longgar mungkin minyak gris dia nak habis ko.... jadi dengan berbasikal ni tekanan untuk outdoor tak teruk sangat dan yang penting boleh gerak lebih pantas dan jauh... dalam 4,5 tahun kira giat jugak masuk hutan dengan MTB ni, naik bukit,turun bukit, tergolek dan macam-macam lagi dan sampai satu tahap kepuasanya tidak ummmp ler. kita kayuh masuk hutan dalam 2,3 jam dengan tergolek dan menolak naik bukit dan bila dah keluar hutan, naik kereta terus balik dan kadang-kadang lepak dekat kedai dulu bersembang, itulah rutin dan feel dia rasa macam tak puas.

2007 mula terfikir apa yang boleh datangkan kepuasan seperti mendaki gunung, bagi orang yang tak tahu mendaki gunung ni kerja buang masa teruk-teruk panjat gunung sampai kat puncak lepak lepas tu turun pulak....apa yang dapat? tapi bagi kaki climbers ni dia punya kepuasan bila sampai kat puncak dan lihat pemandangan sekeliling tak boleh di ucap dengan kata-kata bagi yang merasa sahaja tau feel dia, dan bila dah bertukar dengan cycling ni pun macam tu jugak kita mesti nak cari sesuatu yang beoleh beri kepuasan untuk kita dan belajar sesuatu yang baru,...dari itu bermula ler kehidupan sebagai seorang bike tourer atau lebih di kenali sebagai bike touring....next i will explain apa itu bike touring..ciao

The Opening

tidak terlambat rasanya untuk menceburi bidang blogger ni, bukan pasal baru tahu tetapi kekangan masa yang menjadikan aku terleka untuk melayari area ini.

kini aku cuba mengambil sedikit masa untuk menukilkan apa yang aku lakukan.
Jika tiada orang nak membacapun tak mengapa tetapi yang lebih penting untuk aku
meluahkan apa yang aku rasa dan mahu di kongsikan bersama...

journey ku bermula kini......